Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang
hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama
yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam
dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak
buta.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah
dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik
buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik
buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke
syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin..
No comments:
Post a Comment