kau telah curi hati,
hati aku yang sebelum ini aku balut lukanya sendiri,
kini kau yang ubati,
segala luka di hati telah kau cuci,
tapi,
semuanya tak lama pada hati ini,
kini,
kau lukakan hati aku kembali,
kini,
kau biar hati ini berdarah lagi,
perih hati aku saat ini,
aku cuci sendiri aku ubati sendiri,
aku masih biarkan kau di dalam hati,
sungguhpun kau pencuri,
aku masih mahu menjaganya lagi,
No comments:
Post a Comment