menjadi celaru,
boleh juga jadi letih memirkan semua yang aku tak mahu tahu,
tapi aku tahu,
ini semua memang lumrah hidup aku,
terpaksa aku harung pangjangnya jambatan itu,
yang entah bila akan sampai ke penghujung.
ianya bukan jambatan biasa,
kerana penuh dengan percikan api,
dan serpihan kaca,
setiap kali melangkah pasti akan terluka,
sakit yang diri aku rasa buat aku penat untuk terus melangkah.
tapi aku gagahkan juga,
kerana jika aku berhenti melangkah,
aku tak akan sampai ke penghujung,
dan ia bermakna diri aku sungguh lemah,
gagahkan diri juga untuk harungi segala percikan api,
dan semua serpihan kaca yang ada.
sebab,
aku tahu diri aku,
akan boleh buat ,
sebab hati aku sungguh kuat !
No comments:
Post a Comment